Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

08 Julai hingga 10 Julai 2009 dan 13 Julai hingga 15 Julai 2009

56) INSIDEN BANGUNAN RUNTUH Ð JAYA SUPERMARKET

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah laporan penuh mengenai insiden runtuhan?

    Syarikat IKRAM Sdn Bhd sedang menyediakan laporan lengkap mengenai ‘probable cause of collapse’ / punca yang memungkinkan berlakunya keruntuhan bangunan Jaya Supermarket dan dijangka akan mengemukakan laporan tersebut dalam minggu pertama bulan Ogos 2009.

     

    Secara makluman ringkas, Jaya Supermarket telah dirancang untuk dirobohkan sejak tahun 2007 bagi membangunkan satu bangunan 7 tingkat bersama-sama aras bawah aras perniagaan serta 3 tingkat tempat letak kereta bawah tanah. Pemaju telah mendapatkan kelulusan merancang pada pertengahan tahun 2007 dan telah mengemukakan untuk perobohan bangunan Jaya Supermarket sedia ada pada bulan Ogos 2007.

     

    Walaupun begitu, aktiviti untuk perobohan bangunan ini hanya dimulakan setelah Borang B dikemukakan pada bulan Februari 2009 bagi “notis memulakan / penyambungan kerja bangunan”. Aktiviti yang dirancangkan hanya dimulakan sepenuhnya pada bulan April 2009. Pada 28 Mei 2009,  berlakunya keruntuhan bangunan Jaya Supermarket.

Lampiran

Tiada Lampiran.