Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

29 Julai 2019 dan 31 Julai 2019

138) INSIDEN GANGGUAN OPERASI LOJI RAWATAN AIR (LRA)

Tahun: 2019

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah perancangan kerajaan bagi mengatasi insiden gangguan terhadap operasi Loji Rawatan Air (LRA) yang menjejaskan bekalan air kepada pengguna yang kerap berlaku kebelakangan ini?

    Insiden 2 (dua) gangguan bekalan air tidak berjadual melibatkan Loji Rawatan Air Sungai Langat (LRA Sg Langat) dan Loji Rawatan Air Sungai Semenyih (LRA Sg Semenyih) baru – baru ini adalah disebabkan pencemaran dan peningkatan sampah di sumber air mentah yang memaksa Loji Rawatan Air terpaksa dihentitugas. Perancangan Kerajaan Negeri dan tindakan yang diambil oleh Air Selangor bagi mengatasi masalah ini adalah seperti berikut :

     

    1. Kerajaan Negeri melalui Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) sedang merangka program kesedaran kepada pengguna dan industri agar bersama-sama menjaga sumber air. Pada masa yang sama mengambil tindakan penguatkuasaan yang lebih tegas terhadap pengilang dan industri yang mencemarkan sumber air mentah.

     

    1. Memperkenalkan sistem HORAS dimana air sungai disalurkan ke kolam takungan yang boleh menyimpan air mentah antara 60 hingga 90 hari sebagai alternatif bekalan sumber air mentah. Sistem seperti ini telah dilaksanakan di LRA Sg Labu, LRA Semenyih 2 dan yang terbaru LRA Labohan Dagang. Sistem ini juga dapat membantu meningkatkan kualiti air mentah terutamanya di bahagian hiliran sungai dengan kaedah pemendapan di dalam kolam takungan sebelum dirawat.

     

    1. Air Selangor telah merangka dan merancang pelaksanaan kerja-kerja kapital secara berterusan melalui pelan perniagaan 30 tahun dengan perancangan perbelanjaan (CAPEX) sebanyak RM 30 bilion.

     

    1. Meningkatkan ‘reserve margin’ dengan pengoperasian LRA Langat2 agar ‘reserve margin’ dapat ditingkatkan dari 3.52% ke 7.21% pada Oktober 2019. Lebihan air bersih di dalam sistem agihan ini akan dapat disalurkan ke kawasan terjejas dan meminimakan impak gangguan semasa berlaku sebarang hentitugas loji.

Lampiran

Tiada Lampiran.