Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

3 September 2018 hingga 7 September 2018

129) INSTITUSI MASJID

Tahun: 2018

Sesi: 2

Isu: hal ehwal islam

Adun: Y.B. Tuan Mohd Sany Bin Hamzan

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Adakah perancangan dan pelan Kerajaan Negeri khususnya JAIS untuk membangunkan institusi masjid menjadi berdikari dan profesional seperti masjidmasjid luar negara?

    Langkah dan perancangan yang sedang diambil adalah seperti berikut:

    Memberikan latihan pengurusan masjid secara berterusan kepada pegawai dan ahli jawatankuasa masjid.

    Menyediakan modul latihan yang komperhensif melalui Institut Latihan Dan Dakwah Selangor (ILDAS) seperti modul berikut:

    • Kursus Imam Profesional
    • Kursus Pengurusan Kewangan cemerlang
    • Kursus Pengurusan Masjid Cemerlang
    • Kursus Pemantapan Dan Pemerkasaan Pengurusan Masjid Dan Surau – Konvensyen Integriti Dalam Pengurusan Masjid dan Surau.
    • Mewujudkan Sistem Smart Masjid Negeri Selangor yang telah dilancarkan oleh YAB Dato’ MB Selangor pada 7 April 2018 yang merangkumi perisian urusan sistem pengurusan kewangan online, pengurusan sumber manusi dan daftar ahli kariah

    Bekerjasama dengan Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) dalam meningkatkan kesedaran masyarakat umum mengenai kelebihan ibadah wakaf dan infaq yang menjadi sumber alternatif bagi membiayai pembangunan dan penyelenggaraan prasarana masjid agar tidak bergantung terus 100% kepada sumber kerajaan negeri.

Lampiran

Tiada Lampiran.