Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014

349) INSTITUSI MASJID

Tahun: 2014

Sesi: 3

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Tuan Kamarol Zaki Bin Abdul Malik

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah dasar dan strategi kerajaan untuk memperkasa institusi masjid ?

    Langkah-langkah Kerajaan Negeri Selangor untuk memperkasa institusi masjid ialah:

    • Menetapkan rancangan pembangunan masjid baru secara konsisten setiap tahun melalui RMK ke 11,
    • Memperuntukkan kewangan tahunan dari sumber Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Lembaga Zakat Selangor (LZS) untuk membaik pulih dan menyelengara kerosakan masjid,
    • Melantik kontraktor-kontraktor penyelenggaraan pembersihan dan kawasan di 36 buah masjid terpilih berdasarkan kemampuan kewangan jabatan,
    • memperkasa jawatankuasa dan pegawai masjid dengan kursus-kursus dan latihan yang sesuai dengan jawatan dan pegawai masjid,
    • meneruskan pelaksanaan KPI pengurusan masjid,
    • meneruskan pemantauan tandas bersih masjid,
    • mengadakan pertandingan pengurusan masjid terbaik di peringkat daerah dan negeri Selangor, dan;
    • mempelbagaikan program masjid agar lebih bersifat interaktif untuk menarik lebih ramai

Lampiran

Tiada Lampiran.