Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

18 Mac 2019 - 25 Mac 2019

110) INSTITUSI MASJID

Tahun: 2019

Sesi: 1

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Tuan Mazwan Bin Johar

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakah bilangan anggota jawatankuasa masjid atau surau dalam negeri Selangor yang telah diambil tindakan kerana berpolitik di dalam masjid atau surau?

    Bilangan Jawatankuasa Masjid atau Surau yang telah diambil tindakan

    • empat (4) orang Nazir telah diambil tindakan digantung, amaran dan tidak boleh dilantik semula pada sesi 2019-2021 kerana menjemput penceramah dalam kalangan ahli politik yang tidak mempunyai tauliah.
    • Seorang digantung watikah pelantikan Nazir pada tahun 2016.

     

    • Sebuah masjid dan dua buah surau telah diambil alih sementara pengurusannya oleh JAIS pada tahun 2018 kerana perbalahan politik Ahli Jawatankuasa.
    • Nazir dan anggota jawatankuasa daripada dua buah masjid telah dipanggil ke sesi Islah disebabkan pertelingkahan Jawatankuasa dan memanggil penceramah yang berpolitik.

Lampiran

Tiada Lampiran.