Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

19 Mac - 23 Mac 2012 dan 26 Mac - 27 Mac 2012

40) INSTITUSI PENDIDIKAN BERTARAF ANTARABANGSA

Tahun: 2012

Sesi: 1

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Tuan Mohamed Azmin Bin Ali

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah dasar kerajaan untuk menjadikan Institusi Pengajian Tinggi di Negeri Selangor sebagai institusi pendidikan yang bertaraf antarabangsa dengan menjamin kebebasan akademik dan autonomi mahasiswa?

    Kerajaan Negeri Selangor secara dasarnya mengamalkan  sikap yang terbuka terhadap hak kebebasan akademik dan autonomi mahasiswa. Ahli akademik di Negeri Selangor bebas menyatakan pandangan, saranan, teguran dan sebagainya kepada Kerajaan Negeri berdasarkan kepakaran masing-masing. Namun begitu sebarang saranan hendaklah disampaikan secara berhemah dengan mempertimbangkan kemaslahatan masyarakat awam.

    Begitu juga dengan mahasiswa, Kerajaan Negeri juga sedia menerima sebarang kritikan, teguran, saranan dan pendapat dari pihak mahasiswa dan mereka bebas menyatakan pendapat dan pandangan mereka kepada pihak kerajaan Negeri. Tindakan disiplin atau tatatertib tidak akan dikenakan kecuali kesalahan yang melibatkan kerosakan harta benda awam dan mana-mana undang-undang lain yang berkaitan. Sebagai contoh penyertaan pelajar UNISEL bagi isu air di Negeri Selangor. Tindakan mahasiswa ini dipandang positif oleh Kerajaan Negeri kerana, Kerajaan Negeri turut menghormati suara mahasiswa sebagai di antara entiti utama di dalam masyarakat.

    Namun begitu, Kerajaan Negeri juga memberi penekanan kepada penjagaan adab dan tatasusila oleh mahasisiwa sekiranya  bantahan atau demonstrasi ini dilaksanakan.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.