Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

01 November 2019 hingga 13 November 2019

176) INSTITUT DARUL EHSAN (IDE)

Tahun: 2019

Sesi: 3

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah perancangan Kerajaan untuk menambahbaik perkhidmatan pengangkutan awam di Negeri Selangor?

    Pengangkutan merupakan aspek terpenting di dalam sistem perhubungan sama ada bagi penduduk di kawasan bandar mahupun luar bandar. Sistem pengangkutan awam yang efisyen dapat menyokong pertumbuhan ekonomi serta meningkatkan kesejahteraan penduduk. Namun, penyediaan bagi pengangkutan awam memerlukan komitmen dan kos yang tinggi untuk jangka masa yang panjang, manakala Kerajaan Negeri mempunyai sumber peruntukan yang terhad bagi memenuhi semua keperluan tersebut, malah seharusnya dibawah tanggungjawab Kerajaan Persekutuan.

    Bagi menambahbaik perkhidmatan pengangkutan awam sedia ada, Kerajaan Negeri melalui Pihak Berkuasa Tempatan akan memastikan pelaksanaan projek-projek pengangkutan awam di Negeri Selangor mempunyai connectivity yang lebih baik. Selain daripada mengekalkan perkhidmatan bas percuma yang terdapat di Negeri Selangor iaitu PJCitybus dan Bas Smart Selangor, laluan-laluan bas ini perlu mempunyai integrasi yang lebih menyeluruh dan mengutamakan jaringan perhubungan di antara pengangkutan awam yang lain seperti komuter, LRT, MRT dan BRT. Kerajaan Negeri juga bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan Malaysia untuk menambahbaik aksesibiliti laluan perkhidmatan bas ini ke fasiliti-fasiliti kesihatan yang terdapat di Negeri Selangor.

    Selain itu, bagi meningkatkan mobiliti pengangkutan bagi jarak perjalanan yang pendek serta  connectivity File Mile Last Mile, Kerajaan Negeri dan PBT bersedia untuk memperhalusi penggunaan pengangkutan alternatif seperti e-scooter yang lebih mudah dan ringkas sekiranya perkhidmatan ini mempunyai sustainability untuk kekal dalam jangka masa yang panjang.

Lampiran

Tiada Lampiran.