Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

12 April 2010 hingga 14 April 2010

151) INSTITUT PENGAJIAN TINGGI

Tahun: 2010

Sesi: 1

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Tuan Mohamed Azmin Bin Ali

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Senaraikan keuntungan dan kerugian setiap Institut Pengajian Tinggi (IPT) milik Kerajaan Negeri. Apakah perancangan Kerajaan Negeri untuk meningkatkan taraf IPT-IPT tersebut.

    Bagi tahun kewangan yang berakhir pada 31 Disember 2009, Kolej Universiti Islam
    Antarabangsa Selangor (KUIS) telah mencatatkan keuntungan sebanyak
    RM8,244,788.00. Prestasi ini adalah menggalakkan memandangkan KUIS merupakan
    sebuah institusi pengajian tinggi swasta dan turut mendapat geran tahunan sejumlah
    RM12 juta.
    Bagi meningkatkan taraf Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di Selangor beberapa
    perancangan dan strategi komprehensif disusun agar institusi tersebut berdaya saing
    dan mampu melonjakkan imej bukan sahaja di peringkat dalam negara tetapi juga di
    peringkat dunia antarabangsa. Dalam konteks Kolej Universiti Islam Antarabangsa
    Selangor (KUIS) beberapa langkah telah diambil seperti berikut:
    Membantu menyalurkan geran penyelidikan berjumlah RM500,000 bagi menjalankan
    aktiviti di bidang Penyelidikan dan Pembangunan (P&P). Aktiviti penyelidikan ini
    berfokus di bidang sains sosial termasuk Pengajian Islam bagi membolehkan dapatan
    (findings) kajian tersebut dimanfaatkan oleh pelbagai pihak di negeri Selangor termasuk
    Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan
    Sekolah-Sekolah Agama di negeri Selangor.
    Menganjurkan program seminar bertaraf antarabangsa secara bersama antara kerajaan
    negeri dan KUIS, antaranya program Word Conference on Education (WORLD-COME
    2009) yang berlangsung pada 21-23 Disember 2009 di Shah Alam Selangor. Seminar ini
    merupakan kesinambungan Persidangan Pendidikan Islam Pertama di Makkah alMukarramah pada tahun 1977. Antara resolusi terpenting dalam persidangan WORLDCOME 2009 ialah penubuhan International Academy of Muslim Education (IAME) di
    KUIS, antara lain bertujuan untuk menumpukan kepada usaha-usaha Pengislaman Ilmu
    atau Islamization of Knowledge. Antara tokoh terpenting dalam IAME ini termasuk
    sarjana dan ulama terkemuka dari Syria, Profesor Dr Wahbah Az-Zuhayli.

    Kerajaan negeri juga merancang menganjurkan satu lagi seminar antarabangsa secara
    kerjasama dengan KUIS dalam bulan September 2010, iaitu Seminar bertajuk The
    Making of Khayra Ummah in the Muslim World. Ia sekali lagi akan menghimpunkan
    kalangan cerdik pandai dan ulama bagi mencari jalan ke arah melahirkan ummah yang
    gemilang dalam sudut kepimpinan, ekonomi, kewangan, pertahanan, dan kepentingan
    strategik.
    Kerajaan negeri juga membantu menganjurkan program pengukuhan jati diri dan bina
    insan yang holistik melalui program SPIES melibatkan warga akademik dan pelajarpelajar.

Lampiran

Tiada Lampiran.