Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

13 Julai 2020 - 16 Julai 2020

214) INSTITUT WANITA BERDAYA

Tahun: 2020

Sesi: 2

Isu: Wanita & Keluarga

Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah Institut ini milik Kerajaan Negeri dan dibawah kawalan sepenuhnya oleh MMKN?

    Sebagai makluman semua ahli Yang Berhormat, Institut Wanita Berdaya (IWB) Selangor sedang bekerjasama dengan Menteri Besar Incorporated (MBI) Selangor dalam memperhalusi perkara ini dan seterusnya membuat perancangan bagi menjayakan gerak kerja Institut ini yang berperanan sebagai sebagai badan pemikir atau think tank kepada Kerajaan Negeri untuk merencana dasar dan inisiatif baharu yang lebih progresif demi memartabatkan wanita di Selangor.

Lampiran

Tiada Lampiran.