Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

26 Mac 2018 hingga 28 Mac 2018

47) INSTITUT WANITA BERDAYA (IWB)

Tahun: 2018

Sesi: 1

Isu: Wanita & Keluarga

Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Mohon menyatakan peruntukan yang diberi kepada Institut Wanita Berdaya (IWB) untuk tempoh 2017-2018.

    Kerajaan Negeri telah menyediakan sejumlah peruntukan bagi penubuhan Institut Wanita Berdaya sebagai sebuah badan pemikir khusus untuk merencana dasar dan inisiatif baru yang lebih progresif dalam memartabatkan wanita di Negeri Selangor. Oleh yang demikian peruntukan yang telah diluluskan untuk IWB adalah seperti berikut:-

    Tahun Tujuan Jumlah (RM)
     

     

    2017

     

    Operasi IWB

    1,000,000.00
    Dasar dan Program Pemberdayaan Wanita  

    1,697,540.00

    Jumlah Peruntukan Disalurkan (RM) 2,697,540.00
     

    2018

    (sehingga Mac 2018)

     

    Operasi IWB (fasa pertama)

    500,000.00
    Program Pengukuhan Institusi Kekeluargaan 50,700.00

     

    Tahun Tujuan Jumlah (RM)
      Program Promosi Mesej Kempen Awam #PressForProgress untuk Pemberdayaan Wanita  

    94,500.00

    Jumlah Peruntukan Disalurkan (RM) 645,200.00

Lampiran

Tiada Lampiran.