Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 28 Julai 2017 dan 31 Julai 2017 hingga 04 Ogos 2017

87) INVENTORI KAWASAN POTENSI PELANCONGAN DAERAH KLANG

Tahun: 2017

Sesi: 1

Isu: Pelancongan

Adun: Y.B. Puan Dr Hajah Halimah Binti Ali

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Senaraikan kawasan terbangun berumur lebih 100 tahun di daerah Klang

    Kawasan terbangun berumur lebih 100 tahun di Daerah Klang adalah sekitar kawasan warisan di pusat bandar Klang Selatan yang terdiri daripada deretan kedai sekitar tahun 1880-an sehingga 1930-an. Terdapat juga bangunan-bangunan “free standing” yang mempunyai nilai warisan dan sejarah seperti Gedung Raja Abdullah, Sekolah Convent, Bangunan Balai Bomba, Stesen KTM, Bangunan Standard Chartered, Bangunan Galeri Diraja, Gereja Our Lady dan Bangunan Kuil Sri Nagara Thendayuthapani. Senarai kawasan terbangun berumur lebih 100 tahun (rujuk lampiran).

Lampiran

Tiada Lampiran.