Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 28 Julai 2017 dan 31 Julai 2017 hingga 04 Ogos 2017

239) INVENTORI KEMUDAHAN SUKAN DI SETIAP KAWASAN DUN

Tahun: 2017

Sesi: 1

Isu: Generasi Muda & Sukan

Adun: Y.B. Puan Dr Hajah Halimah Binti Ali

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah kerajaan negeri mempunyai inventori kemudahan sukan untuk rakyat terutama belia di setiap DUN?

    Kerajaan Negeri sedang dalam tindakan untuk menyediakan inventori kemudahan sukan untuk rakyat dalam usaha untuk memastikan kemudahan sukan di setiap Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) berada dalam keadaan yang baik dan selamat untuk kegunaan rakyat. Justeru, Majlis Sukan Negeri Selangor (MSNS) sedang dalam usaha untuk mendapatkan inventori tersebut daripada pihak PBT memandangkan inventori tersebut adalah di bawah pemantauan dan kawal-selia pihak PBT masing-masing. Seterusnya, inventori tersebut akan digunakan sebagai asas kepada pemilihan dan keutamaan untuk penyediaan peruntukan berdasarkan kepada status dan tahap kritikal kemudahan tersebut.

    Kerajaan Negeri telah mendapatkan sebahagian daripada inventori tersebut daripada PBT pada tahun 2015 adalah sebagaimana berikut:-

    Bil. Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Jumlah Kemudahan Sukan
    1. Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) 207
    2. Majlis Perbandaran Selayang (MPS) 3
    3. Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) 43
    4. Majlis Perbandaran Klang (MPK) 11
    5. Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) 10
    6. Majlis Perbandaran Sepang (MPSp) 9
    Bil. Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Jumlah Kemudahan Sukan
    7. Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) 23
    8. Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL) 2
    9. Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) 8
    10. Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) 29
    11. Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) 29
    12. Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) 25
    JUMLAH KESELURUHAN 399

     

Lampiran

Tiada Lampiran.