Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 28 Julai 2017 dan 31 Julai 2017 hingga 04 Ogos 2017

116) INVEST SELANGOR

Tahun: 2017

Sesi: 1

Isu: Pelaburan

Adun: Y.B. Datuk Sulaiman Bin Abdul Razak

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sejauh manakah Invest Selangor membantu pelaburan masuk ke Selangor?

    Selaku agensi sehentian pelaburan, Invest Selangor memainkan peranan selaku pemudahcara pelaburan kepada para pelabur yang ingin melabur di Negeri Selangor. Antara peranan Invest Selangor seperti berikut;-

     

    1. Menyediakan maklumat kepada pelabur berkaitan polisi pelaburan, insentif dan lain-lain maklumat yang
    2. Membantu mengenalpasti cadangan tapak pelaburan yang bersesuaian dengan aktiviti perkilangan yang hendak
    3. Membantu pelabur mendapatkan kelulusan tukar syarat tanah, pelan tatatur, pelan bangunan dan lain-lain kelulusan dan lesen yang
    4. Membantu pelabur di dalam aktiviti pasca pelaburan seperti pengembangan pelaburan dan
    5. Membantu menyelesaikan isu-isu pembangunan yang dihadapi oleh pelabur.
    6. Memberikan khidmat rundingan dan nasihat berkaitan perkara-perkara atau isu-isu yang berkaitan dengan jabatan-jabatan Kerajaan yang berkaitan.
    7. Menjadi urusetia bagi Mesyuarat Penyelarasan Projek – Projek Pelaburan / Pembangunan di Negeri Selangor

Lampiran

Tiada Lampiran.