Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

29 Julai 2019 dan 31 Julai 2019

151) IPR SELANGOR

Tahun: 2019

Sesi: 2

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Leong Tuck Chee

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Banyak program Inisiatif Peduli Rakyat telah ditangguh serta tukar jenis pembahagian. Termasuk SMUE telah tukar konsep pembahagian. Memandangkan kos pengebumian semakin tinggi pada masa sekarang, adakah kerajaan dapat mempertimbangkan untuk memberi bantuan dari segi wang iaitu sebanyak RM1,00000?

    Setakat ini Kerajaan Negeri tidak berhasrat untuk memberikan bantuan khairat kematian RM 1,000 kerana lebih memberi fokus kepada manfaat masa hidup kepada lebih ramai warga emas.

    Penambahbaikan ini dibuat setelah mengambil kira bantuan khairat kematian banyak ditawarkan oleh agensi lain seperti PERKESO, KWSP dan BSH selain masjid dan surau bagi yang beragama Islam serta Bantuan Mengurus Jenazah di bawah JPA untuk kakitangan awam.

    Beberapa syarikat juga menawarkan skim takaful warga emas swasta dengan pembayaran premium serendah RM 50 setahun.

Lampiran

Tiada Lampiran.