Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

26 Mac 2018 hingga 28 Mac 2018

91) ISU AIR PERCUMA DI PANGSAPURI PKNS

Tahun: 2018

Sesi: 1

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Puan Rodziah Binti Ismail

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapa lagi pangsapuri yang masih milik PKNS atau PKNS menjadi JMB bersama, belum lagi menerima manfaat air percuma di sekitar DUN Batu Tiga? Sila senaraikan.

    a), b) dan c)

    Untuk makluman Yang Berhormat, mengikut rekod LPHS didapati tiada pangsapuri di DUN Batu Tiga yang pemilik tanahnya adalah Kerajaan Negeri. Kesemua pangsapuri kos rendah yang masih dibayar melalui meter pukal adalah dibeli oleh pemilik melalui pemaju. Oleh itu, senarai pangsapuri yang masih milik Kerajaan Negeri Selangor atau Kerajaan Negeri Selangor menjadi JMB bersama yang belum lagi menerima manfaat air percuma di sekitar DUN Batu Tiga tidak dapat dikemukakan.

    Walau bagaimanapun, unuk makluman Yang Berhormat, penduduk pangsapuri hanya akan menerima manfaat air percuma melalui pemotongan rebet pada akaun meter air individu masing-masing. Namun, atas keprihatinan Kerajaan Negeri, Skim SAFWA (Selangor Free Water Apartment) diwujudkan untuk memastikan penduduk pangsapuri kos rendah yang masih belum melaksanakan migrasi meter air individu dapat menerima manfaat air percuma melalui kaedah “Lapor Dan Dapat”.

    Selain itu Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sejumlah RM7 juta melalui Skim PERMAI CERIA (Penyelesaian Migrasi Meter Air Individu CERIA) untuk bantuan pelaksanaan migrasi meter pukal kepada meter air invidu secara perkongsian kos di antara Kerajaan Negeri (60%) dan penduduk (40%). Sehingga kini, sejumlah 33 pangsapuri telah mendapat bantuan PERMAI CERIA dengan nilaian kos sejumlah RM2,678,765.08. Walau bagaimanapun, sebagai langkah gesaan supaya Badan Pengurusan Bersama atau

    Perbadanan Pengurusan mengambil tindakan segera, Kerajaan Negeri telah menetapkan had tempoh bantuan PERMAI CERIA berakhir pada 30 Jun 2017 selaras dengan keputusan majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Ke 34/2016 bertarikh 12 Oktober 2016.

    Manakala, penguatkuasaan ke atas kegagalan mana-mana pihak untuk melaksanakan migrasi meter air individu (sama ada badan Pengurusan Bersama, Perbadanan Pengurusan, Ejen Pengurusan mahupun pemilik rumah adalah di bawah bidang kuasa Suruhajaya Perkhidmatan Air Negara selaras dengan Kaedah–kaedah Industri Perkhidmatan Air (Retikulasi Air Dan Pemasangan Paip) &Peraturan-peraturan Industri Perkhidmatan Air (Deposit, Fi Dan Caj Perkhidmatan Air) 2014.

Lampiran

Tiada Lampiran.