Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

26 Mac 2018 hingga 28 Mac 2018

106) ISU ANJING LIAR DI KAWASAN BUKIT RAHMAN PUTRA DAN KAWASAN BANDAR BARU SG. BULOH

Tahun: 2018

Sesi: 1

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Mohd Khairuddin Bin Othman

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah tindakan segera MBSA untuk menyelesaikan masalah anjing liar yang semakin berleluasa?

     

    Dalam mengatasi masalah anjing berkeliaran yang semakin berleluasa, pihak Majlis mengambil beberapa pendekatan seperti berikut:

    Tindakan Jangka Masa Pendek

    • Menjalankan aktiviti kawalan dengan menjalankan penangkapan anjing berkeliaran secara terus berdasarkan aduan yang diterima. Aktiviti ini dilaksanakan secara ‘inhouse’ dan dibantu oleh pihak kontraktor yang
    • Operasi penguatkuasaan pelesenan anjing peliharaan – Kebanyakkan pemilik anjing tidak memiliki lesen memelihara anjing dari pihak
    • Syarat pengembirian anjing peliharaan sebagai satu syarat tambahan dan wajib bagi semua anjing jenis mongrel/ mixbreed.

     

    Tindakan Jangka Masa Panjang

    • Mengadakan kempen penyerahan anjing peliharaan yang tidak diperlukan kepada pihak
    • Mengadakan program pengambilan haiwan
    • Bekerjasama dengan penduduk dalam menjalankan program `Trap, Neuter & Release’ di kawasan
    • Mempergiatkan pendidikan    berkaitan    pemeliharaan    anjing    serta     kesan penambahan populasi anjing

Lampiran

Tiada Lampiran.