Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

23 – 30 November 2018 dan 3 – 5 Disember 2018

71) ISU BANJIR AKIBAT KENAIKAN AIR SUNGAI LANGAT

Tahun: 2018

Sesi: 3

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Adhif Syan Bin Abdullah

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah status terkini Projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Sungai Langat yang dihentikan sejak dua tahun lalu?

    Status terkini Projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Sungai Langat adalah dalam fasa konsep rekabentuk. Pembentangan konsep rekabentuk telah dibentangkan pada 6 September 2018. Skop utama kerja bagi Projek Tebatan Banjir Sg Langat (Fasa 1) adalah pembinaan ban dan struktur berkaitan sepanjang 10km di Dengkil di Daerah Sepang, 10km di Bukit Changgang dan Sg Manggis di Daerah Kuala Langat, serta 27km dari pertemuan Sg Semenyih ke Sg Labu, Daerah Hulu Langat. Projek ini dijangka tender pada tahun 2019 dan disiapkan pada tahun 2022 dengan anggaran kos RM40 juta.

Lampiran

Tiada Lampiran.