Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

30 Oktober 2020 - 12 November 2020

279) ISU Banjir Dan Tanah Runtuh Di Sekitar Sungai Kayu Ara

Tahun: 2020

Sesi: 3

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Puan Jamaliah Binti Jamaluddin

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sementara menunggu projek penaiktarafan Sungai Kayu Ara yang dianggarkan bermula hanya pada tahun 2022, adakah Kerajaan Negeri akan mengambil inisiatif bagi melindungi para penduduk yang menghadapi isu banjir dan mungkin tanah runtuh di sekitar Sungai Kayu Ara?

    Untuk makluman, projek Rancangan Tebatan Banjir Sg Kayu Ara telah diluluskan dengan kos sebanyak RM 20 Juta melalui peruntukan kerajaan Persekutuan. Status terkini pelaksanaan adalah di peringkat lantikan perunding. Jajaran projek adalah bermula daripada jambatan Kg Cempaka sehingga Jambatan Taman Mayang Emas sepanjang 1.5km.

    Selain itu, bagi mengatasi masalah runtuhan tebing pihak Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Selangor telah memohon peruntukan bagi pelaksanaan projek Penstabilan dan Pengukuhan Tebing Sg Kayu Ara melalui peruntukan Kerajaan Negeri di bawah RMK-12 dengan kos sebanyak RM20juta. Skop kerja adalah membaikpulih runtuhan tebing berhampiran Lily Rose Apartment.

    Pada masa kini, pihak jabatan sering menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan berkala di jajaran Sg Kayu Ara. Kerja-kerja pembersihan pemotongan rumput dibuat secara berkala setiap bulan manakala kerja-kerja pembuangan kelodak dilaksanakan setahun sekali untuk melancarkan aliran air di dalam sungai bagi mengurangkan impak banjir dan tanah runtuh di sekitar Sg Kayu Ara.

Lampiran

Tiada Lampiran.