ISU BANJIR DI KAWASAN TAMAN HARMONI, BALAKONG
20) ISU BANJIR DI KAWASAN TAMAN HARMONI, BALAKONG
Tahun:
Sesi:
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Ean Yong Hian Wah
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Bagaimana Kerajaan Negeri dapat mengatasi masalah banjir di Taman Harmoni, Balakong yang telah berlaku lebih daripada 10 Tahun?
Berdasarkan lawatan tapak yang telah dijalankan pada 28 April 2020 bersama ADN Y.B. Tuan Ean Yong Hian Wah dan Ahli Majlis Encik Thiagarajah a/l Rajagopal mendapati punca banjir disebabkan oleh sistem saliran box culvert dan longkang monsun di kawasan pentadbiran MPSJ terlampau kecil dan sering tersumbat oleh sampah-sarap menyebabkan aliran air back flow ke kawasan pentadbiran MPKj. Berdasarkan lawatan tersebut itu juga pihak ADN Seri Kembangan akan mengaturkan satu mesyuarat khas diantara pihak MPSJ dan MPKj bagi menyelsaikan masalah tersebut bergantung kepada arahan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat.
