Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

3 September 2018 hingga 7 September 2018

134) ISU BANJIR KILAT

Tahun: 2018

Sesi: 2

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Mohd Sany Bin Hamzan

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah langkah yang diambil oleh pihak Kerajaan Negeri bagi menangani isu banjir kilat yang sering berlaku di kawasan Batu 16 dan Kampung Melayu Batu 16 Rawang?

    Masalah banjir kilat di kawasan Kg Melayu Batu 16 berpunca daripada sistem saliran dalaman sedia ada yang telah uzur dan perlu dinaiktaraf. Selain itu, terdapat pembentung yang dibina oleh penduduk kampung dengan saiz yang tidak sesuai ‘undersize’ menyebabkan gangguan ke atas aliran air yang melaluinya seterusnya menyebabkan aliran balik air “backflow” dan limpahan air dari saluran terbuka. Longkang sediada tidak dapat menampung kapasiti air yang melaluinya kerana dipenuhi kelodak dan sampah sarap yang terperangkap di dalam longkang yang tertutup (covered drain) menyebabkan banjir kilat terjadi.

    Bagi langkah jangka pendek, pihak JPS Gombak telah menjalankan kerja-kerja mengorek kelodak longkang saliran dalaman yang dibina oleh PLB dengan kos RM 20,000 pada tahun 2018.

    MAKLUMAT TAMBAHAN:

    Untuk makluman, Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia akan membuat kajian induk sistem saliran di Pekan Rawang/Kuang pada tahun 2019. Hasil dapatan kajian akan digunakan sebagai asas untuk permohonan peruntukan bagi menaiktaraf sistem saliran di kawasan berkenaan.

Lampiran

Tiada Lampiran.