Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

28 Mac - 01 April 2016 dan 04 April - 08 April 2016

164) ISU BANJIR KILAT

Tahun: 2016

Sesi: 1

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Puan Lai Nyuk Lan

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Memandangkan kepada banjir kilat di kawasan DUN Sungai Pelek, di mana projek pembangunan terutama projek JPS tiada token dalam buku bajet. Apakah tindakan Kerajaan Negeri untuk mengatasi masalah tersebut?

    Bagi mengatasi masalah tersebut, Kerajaan Negeri melalui Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Selangor akan memohon semula peruntukan projek pembangunan di kawasan Sungai Pelek kepada Unit Perancangan Ekonomi Negeri (UPEN). Walau bagaimanapun, JPS Negeri Selangor mengambil langkah-langkah proaktif dengan menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan sistem saliran di dalam kawasan Sungai Pelek menggunakan peruntukan mengurus

Lampiran

Tiada Lampiran.