Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

28 Jun 2013, 01 Julai - 05 Julai 2013 dan 08 Julai 2013

21) ISU BANJIR KILAT

Tahun: 2013

Sesi: 2

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Puan Lai Nyuk Lan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Bagaimanakah Kerajaan Negeri Selangor menangani isu banjir kilat di kawasan Kg. Giching, Lembah Paya dan Kg. Labu Lanjut?

    Tindakan Jangka Masa Pendek

    1. Perlaksanaan kerja-kerja mendalamkan dan melebarkan Sg. Chinchang, membentuk semula benteng sungai serta membaiki pintu kawalan air ‘flap gate’ di laluan Sg. Chinchang dengan menggunakan peruntukan dengan anggaran kos sebanyak RM 1 juta.

    Tindakan jangka masa panjang

    1. Adalah disyorkan agar kerja-kerja menaiktaraf perlu dilaksanakan terhadap Sg Jijan yang mana aliran tersebut akan bersambung ke Sg Chinchang dan Sg. Labu.
    2. Skop kerja terlibat termasuk
      • Kerja pelebaran dan mendalamkan sungai
      • Pengukuhan tebing dan benteng/dinding penahan banjir ‘flood wall’,
      • Menaiktaraf jambatan/lintasan,
      • Menaikataraf pintu kawalan air serta pembinaan rumah pam.
    3. Anggaran kos berjumlah RM47 juta termasuk pengambilan balik tanah, pengalihan utiliti, kerja ukur serta siasatan tanah.
    4. Kekangan semasa adalah berkaitan isu berkaitan hak milik tanah yang mana kawasan ini melibatkan banyak kawasan hak milik. Projek pembinaan boleh dilaksanakan segera sekiranya masalah pengambilan tanah selesai

Lampiran

Tiada Lampiran.