Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

30 Oktober 2020 - 12 November 2020

156) ISU COVID-19

Tahun: 2020

Sesi: 3

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Lai Wai Chong

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Nyatakan impak pengangguran di Selangor susulan pandemic Covid 19.

    Jawapan bagi Sub Soalan A, B dan C:

    Penggangguran di Selangor susulan pandemik Covid 19 akan menimbulkan impak kepada ekonomi dan sosial.

    Impak kepada ekonomi termasuk mengurangkan keluaran negara, menurunkan taraf hidup dan sekaligus melambatkan pembangunan negara.

    Impak kepada sosial pula termasuk pengaruh negatif dan mewujudkan ketidaktenteraman dalam keluarga, meningkatkan kadar jenayah akibat masalah kewangan, masalah tekanan jiwa dan kurang keyakinan diri.

    Dalam menangani masalah pengangguran tersebut, Kerajaan Persekutuan telah memperkenalkan 40 inisiatif asas di bawah Pelan Pemulihan Ekonomi Jangka Pendek Jun – Disember 2020 melalui program penjana. Pelan ini mempunyai 3 teras iaitu Memperkasakan Rakyat (11 inisiatif), Melonjakkan Perniagaan (14 inisiatif) dan Merangsang Ekonomi (15 inisiatif) yang mana ianya secara langsung dan tidak langsung membantu pekerja-pekerja dan majikan-majikan yang terjejas dengan Covid 19.

Lampiran

Tiada Lampiran.