Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

16 Mac 2020 - 17 Mac 2020

245) ISU FOOD TRUCK DI SELANGOR

Tahun: 2020

Sesi: 1

Isu: kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Gunarajah A/l R George

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah perancangan Kerajaan untuk mengecualikan bayaran permit food truck di Selangor untuk membantu golongan belia lebih ramai dalam bidang ini ?

    1. Pihak PBT mengenakan Fi Lesen /Permit Trak Bergerak selaras dengan Pekeliling yang dikeluarkan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan bil. 2 Tahun 2018 yang bertarikh 11 November 2018 (No Rujukan:JKT.D.100-1/3/2 Jld.8 (34). Walau bagaimanapun, terdapat inisiatif-inisiatif yang dijalankan dengan kerjasama pelbagai pihak untuk PBT membantu peniaga jenis food truck berniaga dengan membuat pengecualian fi permit semasa penganjuran program yang dijalankan oleh agensi-agensi kerajaan.

Lampiran

Tiada Lampiran.