Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008

21 Mei hingga 22 Mei 2008, 24 Mei dan 26 Mei 2008

105) ISU GEJALA SOSIAL

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Dato' Marsum Bin Paing

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah jaminan kerajaan dalam mengurangkan gejala sosial yang berlaku di kalangan belia dengan tidak menambah pusat hiburan dan pusat permainan yang berunsurkan judi tidak berlaku di Negeri Selangor dan perancangan kerajaan dalam menggerakkan belia Negeri Selangor?

    Antara langkah-Iangkah yang telah diambil oleh kerajaan di dalam menangani gejala sosial ialah tidak menambah atau mengeluarkan lesen pusat hiburan dan pusat permainan yang berunsurkan judi di negeri Selangor. Kerajaan Negeri yakin dengan pendekatan tersebut akan dapat mengurangkan gejala sosial yang berlaku di kalangan belia. Kerajaan Negeri juga memberi tumpuan kepada aspek pembangunan ekonomi di kalangan belia-belia di negeri Selangor, di mana pihak kerajaan telah merancang untuk mengadakan skim latihan meningkatkan kemahiran kepada para belia supaya menjadi berdaya asing dan proaktif.

    Di samping itu, Kerajaan Negeri juga menggalakkan para belia menganjurkan aktiviti berpersatuan dan program-program yang memberi manfaat kepada semua lapisan masyarakat. Dengan pendekatan ini, Kerajaan Negeri yakin belia yang berdisiplin serta berhemah tinggi dapat dilahirkan.

Lampiran

Tiada Lampiran.