Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

18 Mac 2019 - 25 Mac 2019

101) ISU HUTAN BUKIT CERAKAH

Tahun: 2019

Sesi: 1

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Mohd Najwan Bin Halimi

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah langkah yang diambil oleh Kerajaan Negeri dalam memastikan kawasan hutan Bukit Cerakah di Shah Alam terus dipertahankan dan dipelihara?

    1. Kerajaan Negeri melalui Jabatan Perhutanan Negeri Selangor (JPNS) sentiasa komited dalam memastikan kawasan Hutan Simpanan Kekal (HSK) Bukit Cherakah terus dipertahankan dan dipelihara bagi memastikan pengurusan sumber hutan secara berkekalan khususnya di HSK Bukit Cherakah dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan. JPNS tidak akan berkompromi dengan mana-mana individu ataupun pihak yang didapati telah melakukan kesalahan seperti menceroboh kawasan HSK Bukit Cherakah yang mana pihak berkenaan akan dihukum sewajarnya mengikut mana-mana seksyen yang berkaitan seperti yang diperuntukkan di bawah Enakmen (Pemakaian) Akta Perhutanan Negara1985 dan Kaedah-Kaedah Hutan

    Dari tahun 2015 hingga tahun 2018, terdapat tiga (3) kes kesalahan hutan yang telah berjaya dikesan oleh JPNS melibatkan kesalahan pencerobohan hutan dan penebangan pokok secara haram. Berikut adalah kes kesalahan hutan yang telah direkodkan oleh JPNS dari tahun 2015 – 2018 :

     

    Bil. Tarikh Kesalahan Lokasi OKT Keputusan
    1. 18.09.2015 Menebang

    pokok secara haram

    Kompt.      14 HSK

    Bukit Cherak ah

    1. Jamaludin

    2. Ahma d   Fadil 3.Azhar Bin

    Sabidin

    OKT          telah dituduh di Mahkam ah

    Majestrit

     

    4.Kamarul

    Baharin Bin Kamaru ddin 5.Mohd Sa’at bin Wahid

    Shah Alam pada 06.10.20

    15      dan dijatuhka n hukuman denda sebanya k RM21,00

    0.

    2. 16.02.2017 Menceroboh

    hutan simpan

    Kompt.      14 HSK

    Bukit Cherak ah

    1.Gan             Chai Ek Kertas

    siasatan telah ditutup/ No Further Action (NFA)

    kerana tiada bukti OKT

    melakuk an aktiviti pencerob ohan

    hutan.

    3. 01.09.2018 Menceroboh

    hutan simpan

    Kompt.      14 HSK

    Bukit Cherak ah

    1.Norman bin Azid Kertas

    siasatan telah ditutup/ No Further Action (NFA)

    kerana

    tiada

     

    bukti OKT

    melakuk an aktiviti pencerob ohan

    hutan.

     

    Selain daripada itu, JPNS turut melaksanakan kaedah pemantauan, kawalan dan penguatkuasaan hutan melalui pendekatan seperti berikut :

     

    i.                    Rondaan Berkala

     

    JPNS menjalankan rondaan secara berkala di sepanjang sempadan luar dan dalam HSK Bukit Cherakah. Tumpuan khusus sentiasa diberikan terhadap kawasan-kawasan yang berhampiran dengan penempatan dan aktiviti orang awam seperti di Taman Bukit Bayu yang berhampiran HSK Bukit Cherakah.

     

    ii.                  Pemantauan melalui Imej Satelit

     

    Ibu Pejabat Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (IPJPSM) dengan kerjasama Agensi Remote Sensing Malaysia (ARSM) telah membangunkan sistem yang dikenali sebagai Sistem e-Geospatial Perhutanan (e-GP) dan ‘Forest Monitoring Using Remote Sensing’ (FMRS). Dalam sistem ini, pemantauan kawasan ‘hot-spots’ dan sebarang aktiviti pencerobohan hutan akan dikesan melalui perubahan imej satelit. Sistem ini berfungsi untuk memantau aktiviti hutan secara makro dan mikro secara cepat dan efisien dengan menggunakan imej satelit beresolusi tinggi dan terkini.

     

     

    iii.                Drone

     

    JPNS turut tidak ketinggalan mengaplikasikan teknologi di dalam aspek penguatkuasaan hutan dengan menjalankan pemantauan udara dengan menggunakan drone dari jenis Dji Phantom 4 untuk menjalankan pemantauan di dalam HSK Bukit Cherakah.

     

    iv.                Aduan Awam

     

    JPNS menerima maklumat daripada pelbagai sumber termasuklah media sosial seperti facebook, e-mel, telefon, surat dan lain-lain lagi bagi membantu pihak jabatan untuk membuat pengesanan awal aktiviti pencerobohan di HSK Bukit Cherakah. Dua (2) daripada tiga (3) kes yang dikesan dari tahun 2015 – 2018 adalah melalui aduan daripada penduduk setempat berkaitan aktiviti pencerobohan hutan.

     

    v.                  Papan Tanda HSK

     

    JPNS akan memasang papan tanda larangan memasuki HSK Bukit Cherakah terutamanya di kawasan-kawasan yang berisiko berlaku pencerobohan baru.

     

    vi.                Pengukuran dan Penandaan Sempadan HSK

     

    Oleh kerana lokasi HSK Bukit Cherakah berhampiran dengan kawasan dengan penempatan dan aktiviti orang awam, JPNS sentiasa mengemaskini maklumat pengukuran dan penandaan sempadan HSK Bukit Cherakah bagi mengelakkan berlakunya pencerobohan hutan.

Lampiran

Tiada Lampiran.