Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

12 Julai 2010 hingga 15 Julai 2010

41) ISU I-CITY

Tahun: 2010

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Datuk Abdul Shukur Bin Idrus

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Bayaran masuk ke I-City telah dikenakan kepada pelawat sebanyak RM1. Mengapakah kerajaan negeri tidak mengekalkan lawatan percuma kepada pelawat selaras dengan slogan kerajaan negeri sebagai negeri berkebajikan?

    Setelah disemak, didapati bayaran RM1 tersebut adalah merujuk kepada bayaran untuk
    meletak kenderaan di kawasan letak kereta jenis persendirian dan bukan kawasan letak
    kereta awam pada hari Isnin hingga Jumaat. Pada hari Sabtu dan Ahad, bayarannya
    adalah RM2. Keputusan untuk mengenakan bayaran meletakkan kenderaan di kawasan
    letak kenderaan persendirian adalah hak pihak pengurusan I-City dengan syarat
    memperoleh lesen daripada Majlis terlebih dahulu mengikut Undang-undang Kecil
    Pelesenan Tempat Letak Kereta Persendirian (MBSA) 2005.

Lampiran

Tiada Lampiran.