Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

18 Mac 2019 - 25 Mac 2019

234) ISU-ISU BERKAITAN AGAMA

Tahun: 2019

Sesi: 1

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Tuan Mohd Sany Bin Hamzan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sejauh manakah Kerajaan Negeri Selangor bertindak menangani isu-isu yang boleh menggugat keyakinan umat islam seperti LGBT,pemikiran liberal dan isu-isu berkaitan Agama Islam?

    Pelbagai langkah telah dan sedang dilaksanakan oleh agensi-agensi Islam di Selangor untuk menangani isu-isu yang boleh menggugat keyakinan umat Islam antaranya menerusi:-

     

    1.      Jabatan Agama Islam Selangor

     

    • Proses pendidikan berterusan;

     

    Memastikan pendidikan yang berteraskan agama Islam bermula dari Pra Sekolah, sekolah rendah, menengah, IPT dan masyarakat awam.

     

    • Proses pemahaman dan pendedahan;

     

    Melalui program-program dakwah seperti seminar, forum, konvensyen dan lain-lain. Pelaksanaan direalisasikan bersama dengan agensi-agensi  awam dan swasta, NGO-i, institusi masjid dan IPTA/IPTS.

     

    • Proses penguatkuasaan undang-undang;

     

    Sepanjang tahun 2018 hingga Februari 2019 isu-isu yang boleh menggugat keyakinan umat Islam seperti LGBT, pemikiran liberal dan isu- isu berkaitan Agama Islam antaranya seperti berikut :

     

     

     

    Bil.

    Seksyen Kesalahan (Rujuk Enakmen Jenayah Syariah Negeri Selangor Tahun

    1995)

    Jumlah Aduan Jumlah Tangkapan
    1. Sek. 4, Pemujaan salah 3 3
    2. Sek. 7, Doktrin palsu 4 1
    3. Sek. 9, Mempersendakan ayat al-Quran 1
    4. Sek. 10, Menghina atau menyebabkan

    dipandang hina dll agama Islam

    16 16
    5. Sek. 12, Menghina pihak berkuasa agama 7 14
    6. Sek. 13, Pendapat yang bertentangan

    dengan fatwa

    8
    7. Sek. 16, Penerbitan agama yang

    bertentangan dengan Hukum Syara

    4
    8. Sek. 27, Hubungan jenis antara orang

    yang sama jantina

    2
    9. Sek. 30, Lelaki berlagak seperti

    perempuan

    3 1

     

     

    • Proses pemulihan;

    Melaksanakan program-program kerohanian, kesedaran dan bimbingan berterusan. Pihak MAIS juga mewujudkan rumah-rumah perlindungan khas untuk membantu memulihkan golongan-golongan yang terlibat.

    • Menerbitkan khutbah yang berkaitan dengan isu-isu semasa yang boleh meningkatkan kesedaran umat islam tentang tanggungjawab mereka terhadap diri, keluarga dan

     

    2.      Jabatan Mufti Negeri Selangor:

     

    • Mengeluarkan fatwa berkaitan ajaran-ajaran atau fahaman-fahaman yang menggugat akidah atau keyakinan umat

     

    • Melaksanakan program-program penerangan dan hebahan fatwa berkaitan liberalisme antaranya menerusi:-
    • Program Bicara Fatwa
    • Mesra Ummah Bersama Jabatan Mufti
    • Hebahan Fatwa melalui SMS, akhbar, Billboard dan laman web

    3.      Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)

    • Melalui Bahagian Pemulihan Al Riqab telah melaksanakan program- program dalam bertindak menangani isu-isu yang menggugat keyakinan umat Islam di Negeri Selangor seperti Lesbian, Gay, Bisexual and Transgender (LGBT) serta isu-isu yang berkaitan dengan agama
    • Pada tahun 2018, MAIS telah melaksanakan lapan (8) buah program besar yang merangkumi Program Ziarah Mahabbah (Lawatan), Program Penghayatan Islam dan Program Tautan Mahabbah. MAIS juga telah melaksanakan 14 kali penyiaran artikel berbentuk menangani isu-isu semasa berkaitan dengan agama Islam di akhbar Sinar Harian. Antara tajuk yang diketengahkan ialah Memahami Liberalisme, Soal Jawab Riqab, Bahaya Ancaman Pemikiran Moden dan Kepentingan Mendaulatkan Institusi

     

Lampiran

Tiada Lampiran.