Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

3 September 2018 hingga 7 September 2018

10) ISU JALAN BERLUBANG (POT-HOLE)

Tahun: 2018

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah inisiatif Kerajaan Negeri bagi memastikan setiap penampalan jalan berlubang dilakukan dengan kadar segera?

    Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) telah dibangunkan oleh  Kerajaan Negeri berkuatkuasa pada 27 Mac 2018. Melalui sistem tersebut, semua aduan termasuk aduan jalan berlubang (pothole) akan dikemukakan ke agensi-agensi yang berkenaan untuk diambil tindakan.

    Bagi aduan pothole, JKR Selangor melalui JKR Daerah akan memastikan aduan tersebut ditangani dalam tempoh 24 jam dan kerja-kerja baikpulih akan dilaksanakan oleh kontraktor konsesi yang dilantik untuk Jalan Persekutuan dan Jalan Negeri. Ia selaras dengan Piagam Pelanggan JKR bagi menampal pothole dalam tempoh 24 jam selepas aduan diterima.

Lampiran

Tiada Lampiran.