Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

13 Julai 2020 - 16 Julai 2020

138) ISU KAJI STRUKTUR TANAH PANGSAPURI TAMAN TELOK GEDUNG INDAH

Tahun: 2020

Sesi: 2

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah hasil lawatan pemeriksaan terperinci bagi mengenalpasti skop pembaikan pada 17/7/2019 oleh pihak JKR Negeri Selangor?

    Hasil lawatan tapak dan pemeriksaan, berikut adalah skop pembaikan:

    1. Pihak JKR menjalankan ujian tanah (SI) seperti yang telah disyorkan dalam laporan forensik Jabatan Geoteknik;
    2. Kerja pembaikan asas atau permukaan bawah bangunan;
    3. Kerja pembaikan kerosakan bangunan melibatkan pembaikan struktur bumbung, sistem pendawaian elektrik dan sistem dalam salur paip buangan;
    4. Pihak JKR daerah Klang telah melantik perunding (Perniagaan MHE Extreme) untuk melakukan kerja-kerja penyiasatan tanah beserta ujian makmal di Pangsapuri Telok Gedung Indah;
    5. Laporan kerja-kerja penyiasatan tanah beserta ujian makmal telah dihantar ke cawangan Kejuruteraan Geoteknik, Ibupejabat JKR Malaysia bagi menganalisa laporan ujian makmal siasatan tanah tersebut.
    6. Selain itu, JKR cawangan Kejuruteraan Elektrik Negeri Selangor pula telah membuat kerja-kera pemeriksaan dan pengesahan berhubung dengan skop kerja elektrik. Anggaran awal kos bagi skop kerja elektrik adalah sebanyak RM1,450,000.00

Lampiran

Tiada Lampiran.