Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

31 October - 4 November 2016 dan 7 November - 10 November 2016

138) ISU KEGANASAN DOMESTIK

Tahun: 2016

Sesi: 3

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Datuk Halimaton Saadiah Binti Bohan

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Nyatakan jumlah keganasan domestik yang dilaporkan pada tahun 2016.

    Kerajaan Negeri memandang serius terhadap kes-kes keganasan domestik yang sering menimpa terutamanya terhadap golongan wanita dan kanak-kanak. Justeru itu, Kerajaan Negeri sentiasa memantau dan tidak pernah berkompromi dengan isu keganasan domestik yang berlaku di Selangor. Berikut adalah jumlah keganasan domestik yang dilaporkan berlaku pada tahun 2016 (Januari -September) di Selangor:-

    Bil Daerah Kes
    1. Petaling Jaya 54
    2. Subang Jaya 42
    3. Kelang Selatan 95
    4. Klang Utara 41
    5. Shah Alam 15
    6. Kajang 52
    7. Ampang Jaya 47
    8. Gombak 101
    9. Kuala Selangor 16
    10. Kuala Langat 55
    11. Hulu Selangor 39
    12. Sabak Bernam 23
    13. Sepang 90
    14. Serdang 39
    15. Sungai Buloh 28
    Jumlah 743

    sumber : Polis DiRaja Malaysia (PDRM) IPK Selangor

    Manakala, menurut laporan yang diterima melalui Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS), seramai 258 kes telah dilaporkan melalui One Stop Crisis Centre (OSCC) bagi tahun 2016 setakat Jun 2016 mengikut pecahan seperti berikut:

    Bil Kategori Jumlah Kes
    1. Dewasa 191
    2. Kanak-Kanak 67
    Jumlah 258

Lampiran

Tiada Lampiran.