Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

28 Mac - 01 April 2016 dan 04 April - 08 April 2016

76) ISU KEMALANGAN JALAN RAYA

Tahun: 2016

Sesi: 1

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Razaly Bin Hassan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah kerajaan sedar kes kemalangan maut jalan raya di Selangor bertambah kebelakangan ini, Sebagai contoh kawasan Hulu Langat?

    Kerajaan Negeri menyedari hakikat bahawa jumlah kemalangan maut di Negeri Selangor masih lagi tinggi. Justeru, Kerajaan melalui Majlis Keselamatan Jalan Raya Negeri Selangor sentiasa bekerjasama rapat dengan pelbagai pihak yang terlibat seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Pengangkutan Jalan(JPJ), Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR), Kementerian Kesihatan, Jabatan Kerja Raya (JKR), Kementerian Pendidikan Malaysia dan agensi kerajaan lain serta pihak swasta dan badan bukan kerajaan (NGO) berkaitan dalam pelbagai dan memperbanyakkan aktiviti penguatkuasaan dan kempen kesedaran dari semasa ke semasa. Ia sebagai langkah bagi mengurangkan kadar kemalangan jalan raya di negeri ini khususnya di kawasan yang kerap melibatkan kemalangan maut seperti di Kuala Selangor, Kajang dan Hulu Selangor.

Lampiran

Tiada Lampiran.