ISU KEMISKINAN

17) ISU KEMISKINAN

Tahun:

Sesi:

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Yap Lum Chin

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berikan secara dgn terperinci, statistik mengenai rakyat miskin di negeri Selangor?

    Jumlah kemiskinan mengikut pecahan daerah bagi tahun 2010 adalah seperti berikut:-

    Bil Daerah Jumlah miskin
    1. Klang 2631
    2. Petaling 6220
    3. Hulu Langat 10,889
    4. Kuala Langat 2917
    5. Gombak 1672
    6. Sepang 2264
    7. Hulu Selangor 6690
    8. Kuala Selangor 5695
    9. Sabak Bernam 5275
      JUMLAH KESELURUHAN 44253

    Sumber: UPEN/Pejabat Daerah

    Data kemiskinan adalah sangat dinamik. Banyak faktor yang boleh menjadi penyebab kepada kemiskinan. Penghijrahan, kematian ketua keluarga, keadaan ekonomi semasa, kehilangan pekerjaan, sikap dan mentaliti individu dan pelbagai faktor lain boleh menjadi penyumbang kepada insiden kemiskinan.  Data juga akan berubah apabila garis kemiskinan diubah. Kerajaan Negeri melalui Pejabat Daerah dan aganesi-agensi pelaksanan akan sentiasa memastikan maklumat tersebut dapat diperkemaskan dari semasa ke semasa.

Lampiran

Tiada Lampiran.