Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

13 Julai 2020 - 16 Julai 2020

136) ISU KERAPNYA PAIP PECAH

Tahun: 2020

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Mohd Sany Bin Hamzan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah usaha kerajaan negeri bagi menangani isu kekerapan paip pecah ini khususnya di DUN Taman Templer khususnya di Kg Selayang Baru dan Kg Selayang Pandang dimana paip air sudah terlalu lama.

    Untuk tempoh Januari 2017 hingga Disember 2019, bilangan kes paip pecah bagi kawasan Kampung Selayang Baru dan Kampung Selayang Pandang adalah seperti berikut:

    Kampung Selayang Baru :   23 kes (purata 7.6 kes paip pecah setahun)
    Kampung Selayang Pandang :   13 kes (purata 4.3 kes paip pecah setahun)

    Bagi mengatasi isu paip pecah di kawasan ini, pihak Air Selangor telah mengambil tindakan membuat pembentukan District Metering Zone (DMZ) bertujuan untuk memantau dan mengawal tekanan air di dalam paip secara berterusan bagi mengurangkan berlakunya kejadian paip pecah.

    Anggaran akaun di kawasan N.15 Taman Templer adalah sebanyak 11,955 akaun dan untuk mengurangkan kejadian paip pecah, sebanyak 11 DMZ telah dibentuk seperti berikut:

    1. GB.089 FRIM
    2. GB.081 Selayang Utama
    3. GB.001 Taman Selayang Jaya
    4. GB.052Taman Bukit Idaman
    5. GB.033 Taman Bidara
    6. GB.098 Taman Prima Selayang
    7. GB.034 Taman Sri Melati
    8. GB.042 Selayang Pandang
    9. GB.075 Selayang Baru Fasa 3
    10. GB.301 Bandar Baru Selayang Zone 2
    11. GB.114 Bandar Baru Selayang Zone 1

    Untuk kejadian paip pecah yang masih berlaku walaupun dengan pelaksanaan kawalan tekanan (kawasan di dalam DMZ), jajaran paip yang terlibat dikenalpasti dan disusun di dalam senarai keutamaan Program Penggantian Paip.

Lampiran

Tiada Lampiran.