Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

16 Mac 2020 - 17 Mac 2020

131) ISU KERAPNYA PAIP PECAH

Tahun: 2020

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Mohd Sany Bin Hamzan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah usaha kerajaan negeri bagi menangani isu kekerapan paip pecah ini khususnya di DUN Taman Templer

    Bagi mengatasi isu paip pecah di kawasan ini, Air Selangor telah mengambil tindakan berikut:

    Membuat pembentukan District Metering Zone (DMZ) bertujuan untuk memantau dan mengawal tekanan air di dalam paip secara berterusan bagi mengurangkan berlakunya kejadian paip pecah. Sebelas (11) DMZ telah dibentuk di dalam kawasan N15 Taman Templer, seperti di senarai :

    • GB.089 FRIM
    • GB.081 Selayang Utama
    • GB.001 Taman Selayang Jaya
    • GB.042 Selayang Pandang
    • GB.034 Taman Sri Melati
    • GB.033 Taman Bidara
    • GB.052 Taman Bukit Idaman
    • GB.075 Selayang Baru Fasa 3
    • GB.305 Bandar Baru Selayang Zone 3
    • GB.301 Bandar Baru Selayang Zone 2
    • GB.114 Bandar Baru Selayang (Zone 1)

     

    1. Untuk kejadian paip pecah yang masih berlaku walaupun dengan kawalan tekanan (kawasan di dalam DMZ), jajaran paip terlibat dikenalpasti dan disenaraikan di dalam senarai keutamaan penggantian paip di bawah program penggantian paip. Walau bagaimanapun, pelaksanaan program penggantian paip bergantung kepada belanjawan yang diluluskan.
    2. Sekiranya paip pecah berlaku di luar kawasan DMZ, kajian dan perancangan akan dibuat bagi membentuk Pressure Management Zone (PMZ). Tujuan pembentukan PMZ adalah sama seperti DMZ, tetapi pada skala yang lebih kecil.

Lampiran

Tiada Lampiran.