Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

30 Oktober 2020 - 12 November 2020

135) ISU Kerapnya Paip Pecah

Tahun: 2020

Sesi: 3

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Mohd Sany Bin Hamzan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah usaha Kerajaan Negeri bagi menangani isu kekerapan paip paip pecah ini khususnya di Dun Taman Templer?

    Bagi mengatasi isu paip pecah di kawasan ini, pihak Air Selangor telah mengambil tindakan berikut:

    1. Pembentukan District Metering Zone (DMZ) dan Pressure Management Zone (PMZ) telah dilaksanakan bertujuan untuk memantau dan mengawal tekanan air secara optimum dan berterusan bagi mengurangkan berlakunya kejadian paip pecah. Di dalam kawasan N.15 Taman Templer, 11 DMZ telah dibentuk seperti berikut:

    • GB.089 FRIM
    • GB.081 Selayang Utama
    • GB.001 Taman Selayang Jaya
    • GB.052 Taman Bukit Idaman
    • GB.033 Taman Bidara
    • GB.098 Taman Prima Selayang
    • GB.034 Taman Sri Melati
    • GB.042 Selayang Pandang
    • GB.075 Selayang Baru Fasa 3
    • GB.301 Bandar Baru Selayang Zone 2
    • GB.114 Bandar Baru Selayang Zone 1

     

    2. Untuk kejadian paip pecah yang masih berlaku walaupun dengan pelaksanaan kawalan tekanan (kawasan di dalam DMZ), jajaran paip terlibat telah dikenalpasti dan disusun di dalam senarai keutamaan penggantian paip di bawah Program Penggantian Paip.

Lampiran

Tiada Lampiran.