Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

01 November 2019 hingga 13 November 2019

253) ISU KERETA TERBIAR

Tahun: 2019

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Puan Wong Siew Ki

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Isu kereta terbiar semakin serius dan sukar diatasi disebabkan kekurangan tempat untuk menyimpan dan tempoh untuk melupuskan sebuah kereta adalah terlalu lama. Apakah usaha dan tindakan akan diambil demi menyelesaikan masalah ini?

    Pada masa kini, PBT menempatkan kenderaan terbiar ini di 19 lokasi depoh kenderaan di seluruh Selangor. Kenderaan terbiar ini dilupuskan mengikut prosedur pelupusan sedia ada sama ada melantik kontraktor luar untuk urusan pelupusan ataupun PBT sendiri akan menghantar kenderaan tersebut ke kilang besi buruk di mana proses ini mengambil masa antara enam (6) bulan hingga satu (1) tahun.

    Antara usaha-usaha PBT untuk menyelesaikan permasalahan tersebut adalah dengan:

    Mengenakan tindakan undang-undang secara menyeluruh.

    Tindakan penguatkuasaan undang-undang dikenakan seperti pengeluaran notis, kompaun dan juga tindakan sitaan kenderaan terbengkalai/terbiar.

    Menyediakan kawasan dan logistik bagi kenderaan tersebut.

    PBT menyediakan kawasan dan logistik bagi penempatan kenderaan yang terbengkalai/terbiar. Penggunaan ‘tow truck’ dan juga ‘load loader’ digunakan bagi mengangkut kenderaan tersebut ke penempatan yang disediakan.

    Kerajaan Negeri masih menunggu garis panduan menguruskan kenderaan terbiar daripada pihak Kementerian Pengangkutan Malaysia sebelum sesuatu Garis Panduan yang seragam di peringkat Negeri Selangor dapat dirangka dan selari di peringkat persekutuan.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.