Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

18 Mac 2019 - 25 Mac 2019

82) ISU KESESAKAN DI JALAN BESAR, SERI KEMBANGAN

Tahun: 2019

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Ean Yong Hian Wah

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah pihak JKR diberikan peruntukan untuk menaik taraf Jalan Besar, Seri Kembangan untuk menyelesaikan isu kesesakan?

    Untuk makluman Y.B., Jalan Besar Sri Kembangan merupakan Jalan Persekutuan FT3215 bermula dari persimpangan LDP sehingga ke Persimpangan menuju ke Besraya Serdang. Pihak Jabatan Kerja Raya Negeri Selangor telah mengenal pasti isu kesesakan yang berlaku di 3 persimpangan utama di sepanjang jajaran jalan FT3215 ini.

    3 persimpangan tersebut adalah seperti berikut :-

    i. Persimpangan Jalan FT3215 ke Lebuh raya Damansara Puchong LDP (Puchong-Putrajaya)
    ii. Persimpangan Jalan Raya 1 (Serdang Raya) dengan jalan FT3215.
    iii. Persimpangan jalan FT3215 dengan Lebuhraya Besraya (Serdang)

Lampiran

Tiada Lampiran.