Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

16 Mac 2020 - 17 Mac 2020

88) ISU KESESAKAN DI JLN BESAR, SERI KEMBANGAN

Tahun: 2020

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Ean Yong Hian Wah

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah JKR mempunyai perancangan untuk menyelesaikan isu kesesakan di sepanjang Jln Besar, Seri Kembangan?

    Jalan yang dimaksudkan adalah Jalan Persekutuan FT 3215. Pihak JKR Selangor mempunyai perancangan untuk menyelesaikan masalah kesesakan di jalan tersebut. Permohonan untuk menaiktaraf jalan ini telah dimohon pada 10 Februari 2020 kepada Caw. Jalan. Ibu Pejabat JKR Malaysia di bawah program Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12).

Lampiran

Tiada Lampiran.