Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

01 November 2019 hingga 13 November 2019

216) ISU KILANG DALAM KAMPUNG BARU

Tahun: 2019

Sesi: 3

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Puan Wong Siew Ki

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Masalah percampuran kilang dan perumahan dalam kampung baru telah menyebabkan banyak masalah seperti kacau ganggu, lesen tidak dapat dipohon atau diperbaharui dan kawasan tidak tersusun. Apakah usaha dan tindakan akan diambil demi menyelesaikan masalah ini?

    Pada masa ini, usaha Kerajaan Negeri dalam menangani masalah kilang di dalam kawasan yang tidak dibenarkan adalah dengan melaksanakan Program Pematuhan Syarat Dan Penguatkuasaan Kilang Tanpa Kebenaran Di Negeri Selangor yang dilancarkan pada 24 September 2019 di mana Program ini bermula pada 1 Oktober 2019. Dengan program ini, pengilang dan pemilik tanah dapat memulihkan tanah dengan mengembalikan keadaan tanah mengikut kategori tanah seperti dalam hakmilik dan mengikut peraturan infrastruktur yang ditetapkan oleh PBT. Bagi pengilang yang bukan di bawah zon industri, mereka disyaratkan untuk memindahkan kilang ke lokasi yang ditetapkan. Oleh itu, program ini dijangka akan dapat menyelesaikan masalah percampuran kilang dengan perumahan.

Lampiran

Tiada Lampiran.