Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

01 November 2019 hingga 13 November 2019

282) ISU KILANG HARAM

Tahun: 2019

Sesi: 3

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah terkini dan senaraikan kilang haram yang masih lagi beroperasi di Negeri Selangor?

    Pertanyaan a) dan b) berkenaan Isu Kilang Haram oleh Yang Berhormat Pelabuhan Klang adalah dijawab bersekali.

    Jumlah keseluruhan kilang haram yang direkodkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Negeri Selangor adalah sebanyak 2,974 buah kilang. Manakala jumlah kilang yang diambil tindakan pemotongan bekalan elektrik adalah sebanyak 45 buah kilang. Pecahan mengikut PBT adalah seperti berikut:-

     

    BIL. PBT Jumlah bilangan kilang haram Jumlah kilang haram yang dipotong bekalan elektrik
    1. MBSA 967 Tiada
    2. MPK 671 Tiada
    3. MPKj 389 Tiada
    4. MPSJ 310 Tiada
    5. MPAJ 192 Tiada
    6. MDKL 176 33
    7. MPS 114 Tiada
    8. MPSp 55 Tiada
    9. MDHS 49 3
    10. MBPJ 20 Tiada
    11. MDSB 22 Tiada
    12. MDKS 9 9
    JUMLAH 2,974 45

    *Sumber: Semua PBT Negeri Selangor

    Senarai penuh kilang haram terlalu panjang untuk saya sebutkan. Oleh itu, saya akan serahkan kemudian.

     

     

Lampiran

Tiada Lampiran.