Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

01 November 2019 hingga 13 November 2019

135) ISU MEMORANDUM OF TRANSFER (MOT) PUTRA PERDANA

Tahun: 2019

Sesi: 3

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Adhif Syan Bin Abdullah

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Hampir 20 tahun isu MOT Putra Perdana tiada jalan penyelesaian. Apakah langkah yang dibuat oleh Kerajaan Negeri bagi membantu penduduk Putra Perdana supaya isu ini dapat diselesaikan dengan kadar segera?

    Untuk makluman Yang Berhormat Dengkil, isu MOT adalah di antara pemaju dan pembeli hartanah tersebut.

    Kedudukan semasa bagi isu Putra Perdana, sebanyak 12 plot terlibat dan daripada jumlah tersebut, 6 plot telah diberi kelulusan kebenaran pindah milik secara blanket consent setelah premium tanah diselesaikan oleh pemaju kepada Pihak Berkuasa Negeri.

    Manakala baki 6 plot yang lain, Pejabat Daerah/Tanah Sepang telah mengadakan beberapa siri perbincangan dengan pihak pemaju termasuk terkini pada 23 Oktober 2019 bagi membantu menyelesaikan isu MOT ini.

Lampiran

Tiada Lampiran.