Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

3 September 2018 hingga 7 September 2018

91) ISU MENGAJAR ATAU MEMBERI KULIAH DI MASJID DAN SURAU

Tahun: 2018

Sesi: 2

Isu: hal ehwal islam

Adun: Y.B. Tuan Syamsul Firdaus Bin Mohamed Supri

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah Wakil Rakyat dilarang memberikan kuliah atau mengajar di Masjid dan Surau di seluruh Negeri Selangor walaupun mempunyai tauliah mengajar oleh Majlis Agama Islam Selangor di Negeri Selangor?

    Selaras dengan arahan MAIS yang melarang penggunaan masjid sebagai gelanggang politik bertujuan untuk mengelakkan sebarang perpecahan, mengekalkan perpaduan ummah dan keharmonian ahli kariah, maka larangan ini telah dikeluarkan kepada semua masjid dan surau di Negeri Selangor.

Lampiran

Tiada Lampiran.