Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

12 Julai 2010 hingga 15 Julai 2010

109) ISU PASAR BESAR JALAN MERU

Tahun: 2010

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Pasar Besar Klang mempunyai 3 persatuan mewakili penjaja yang mencorakkan perniagaan di situ, Bagaimanakah pihak MPK menangani aduan persatuan ini dan apakah bentuk siasatan dan tindakan yang telah diambil?

    Pihak Majlis akan menerima semua aduan sama ada dari orang ramai atau
    persatuan pasar. Setiap aduan akan disemak terlebih dahulu dan akan diagihkan
    kepada Jabatan-jabatan berkaitan dengan aduan tersebut, contoh jika aduan ini
    berkaitan kerosakan infrastruktur di pasar, maka aduan ini akan disalurkan ke
    Jabatan Kejuruteraan. Pihak Majlis juga akan memanggil persatuan ini jika aduan ini
    melibatkan dasar atau polisi Majlis untuk berbincang atau mesyuarat.
    Bentuk siasatan yang dibuat terhadap aduan-aduan ini adalah mengenal pasti
    kebenaran aduan ini terlebih dahulu. Sekiranya betul, tindakan perundangan terus
    akan diambil seperti mengeluarkan notis atau kompaun kepada peniaga. Pihak
    Majlis juga akan mengambil tindakan yang lebih keras seperti tindakan siasatan jika
    aduan ini berulang atau melanggar syarat-syarat yang ditetapkan oleh Pihak Majlis.
    Majlis juga akan menarik balik peruntukan gerai pasar jika peniaga masih lagi
    melanggar syarat-syarat yang ditetapkan oleh Majlis.

Lampiran

Tiada Lampiran.