Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

29 Julai 2019 dan 31 Julai 2019

171) ISU PEDULI SIHAT DAN KASIH IBU SMART SELANGOR (KISS)

Tahun: 2019

Sesi: 2

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Hasnul Bin Baharuddin

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah penyelesaian sistem komunikasi (call centre) oleh pihak Selgate management berkaitan aduan dan runggutan panggilan pengadu tidak berjawab & penerangan isu Peduli Sihat & Kiss di serah kepada Pusat Khidmat Masyarakat tanpa diberi input yang jelas?

    Disebabkan langkah pengemaskinian yang diputuskan oleh Kerajaan Negeri, berlaku peningkatan drastik panggilan telefon daripada orang ramai terutama ahli SPS mengakibatkan sesetengah panggilan tidak terjawab. Namun, SELCARE Management (anak syarikat SELGATE Corporation) telah menambah bilangan kakitangan pusat panggilan dan pada masa yang sama telah menaiktaraf sistem pusat panggilan bagi menampung peningkatan drastik jumlah panggilan yang diterima.

Lampiran

Tiada Lampiran.