ISU PEDULI SIHAT DAN KASIH IBU SMART SELANGOR (KISS)

9) ISU PEDULI SIHAT DAN KASIH IBU SMART SELANGOR (KISS)

Tahun:

Sesi:

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Hasnul Bin Baharuddin

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Selepas proses pengemaskinian Peduli Sihat dan KISS adakah pihak EXCO Kesihatan, Kebajikan dan Pemerdayaan Keluarga membuat penambahan kuota untuk penerima yang layak tersenarai di dalam e-Kasih dan BSH?

    Kerajaan Negeri melalui keputusan mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Selangor ke 27/2019 yang telah disahkan pada 2 Oktober 2019 yang lalu telah bersetuju untuk menambah bilangan penerima manfaat Program Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) sebanyak 5,000 orang pada tahun 2020. Pertambahan bilangan penerima manfaat ini akan melibatkan sejumlah peruntukan kewangan yang akan ditanggung oleh Kerajaan Negeri bagi memastikan rakyat Selangor, khususnya golongan ibu-ibu yang memerlukan dapat terus dibantu dengan mekanisma yang akan ditentukan kelak.

Lampiran

Tiada Lampiran.