Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

29 Julai 2019 dan 31 Julai 2019

109) ISU PEDULI SIHAT DAN KASIH IBU SMART SELANGOR (KISS)

Tahun: 2019

Sesi: 2

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Hasnul Bin Baharuddin

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah tindakan pihak EXCO Kesihatan, Kebajikan dan Pemerdayaan Keluarga berkenaan isu Peduli Sihat dan Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) yang banyak terima rungutan rakyat yang mana ada yang layak tetapi dikeluarkan kerana melebihi kuota?

    Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, selepas proses pengemaskinian dilakukan, terdapat seramai 30, 727 orang penerima Peduli Sihat dan 1,312 orang penerima KISS yang layak tersenarai di dalam e-Kasih dan BSH tetapi tidak tersenarai sebagai penerima bantuan KISS dan Peduli Sihat yang terkini kerana telah melebihi kuota.

    Kerajaan Negeri sedang dalam proses perbincangan untuk mempertimbangkan peruntukan tambahan kepada penerima sedia ada yang layak tetapi terkeluar kerana telah melebihi kuota. Walaubagaimanapun ianya tertakluk kepada kedudukan kewangan semasa Kerajaan Negeri.

Lampiran

Tiada Lampiran.