Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

13 Julai 2020 - 16 Julai 2020

239) ISU PELARIAN

Tahun: 2020

Sesi: 2

Isu: Warga Asing & Hal Ehwal Luar Negeri

Adun: Y.B. Tuan Lai Wai Chong

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah perancangan Kerajaan Negeri terhadap kanak-kanak dan wanita pemegang kad pelarian yang menjadi gelandangan di Teratai setelah pihak UNCHR tidak mahu bertanggungjawab?

    Pihak PDRM telah menjalankan risikan dan operasi risikan bagi membanteras lambakan gelandangan etnik Rohingya di daerah ini dibawah perintah gerakan ‘Op Ehsan’. Pemantauan telah dibuat ke lokasi yang sering menjadi kawasan tumpuan golongan ini namun mendapati tiada sebarang kesalahan atau unsur jenayah yang melibatkan gelandangan etnik Rohingya yang berlaku di daerah ini. Walaubagaimanapun, pihak PDRM akan sentiasa meneruskan pemantauan bagi membanteras lambakan golongan ini khususnya yang terlilbat dalam kegiatan mengemis.

Lampiran

Tiada Lampiran.