Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

31 October - 4 November 2016 dan 7 November - 10 November 2016

66) ISU PEMBANGUNAN PERUMAHAN DI LERENG BUKIT (CERUN)

Tahun: 2016

Sesi: 3

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Razaly Bin Hassan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah Kerajaan bercadang untuk mengkaji semula peraturan dan syarat-syarat pembinaan rumah kediaman di lereng-lereng bukit seperti contoh di Taman Fern Grove bagi menjamin keselamatan dari kes tanah runtuh?

    Garis Panduan Perancangan Pembangunan di Kawasan Bukit dan Tanah Tinggi Negeri Selangor telah disediakan oleh Jabatan Perancangan Bandar Negeri Selangor. Berdasarkan Garis Panduan Perancangan Pembangunan di kawasan Bukit dan Tanah Tinggi Negeri Selangor edisi 2014 (Edisi Kedua), tafsiran pemakaian Garis Panduan ini memaklumkan ʺGaris Panduan ini terpakai bagi pembangunan di kawasan yang mempunyai kecerunan melebihi 25 darjah (kecerunan kelas III dan kelas IV) yang melibatkan kelulusan Kebenaran Merancangʺ.

Lampiran

Tiada Lampiran.