ISU PEMBATALAN KONTRAK STESEN PEMINDAHAN SISA PEPEJAL WHB SEKSYEN 21 OLEH KPKT

7) ISU PEMBATALAN KONTRAK STESEN PEMINDAHAN SISA PEPEJAL WHB SEKSYEN 21 OLEH KPKT

Tahun:

Sesi:

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sila nyatakan apakah punca utama yang menyebabkan kontrak tersebut dibatalkan?

    Pada 10hb Mei 2016 pihak KPKT melalui Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara (JPSPN) telah mengeluarkan surat kelulusan kepada pihak WHB bagi pembaharuan kontrak selama dua (2) tahun untuk pengoperasian Stesen Pemindahan Sisa Pepejal di Seksyen 21.

    Walau bagaimanapun, kelulusan yang telah diberikan tersebut telah dibatalkan oleh pihak KPKT pada 3hb Ogos 2016 tanpa menyatakan secara rasmi punca utama pembatalan kontrak tersebut.

    Pihak WHB telah beberapa kali secara rasmi memohon penjelasan punca pembaharuan kontrak tersebut dibatalkan sehinggalah pada 16hb Mac 2017, pihak KPKT memaklumkan bahawa WHB telah gagal mematuhi klausa di dalam perjanjian yang memperuntukkan antara lainnya tanggungjawab WHB untuk mematuhi keperluan “Key Performance Index” (KPI) dengan merujuk kepada Appendix 6 perjanjian tersebut.

    WHB dikatakan telah gagal untuk mengemukakan Laporan berkala iaitu dua belas (12) kali setahun seperti mana yang dinyatakan di bawah KPI No 1 di dalam Appendix 6 tersebut.

    Sebagai makluman, pihak WHB tidak pernah gagal untuk mengemukakan Laporan Operasi berkala seperti yang ditetapkan oleh Appendix 6 perjanjian tersebut. Walaupun kontrak telah dibatalkan pada bulan Ogos 2016, pihak WHB tetap melaksanakan tanggungjawabnya dengan mengemukakan laporan-laporan operasi bulanan kepada KPKT.

    Kali terakhir Laporan Operasi dikemukakan kepada KPKT adalah pada 17hb Oktober 2016 bagi laporan pengoperasian stesen berkenaan setakat bulan September 2016.

    Alasan pembatalan kontrak yang diberikan oleh pihak KPKT merupakan ‘afterthought’ sebagai tindak balas kepada tindakan undang-undang yang diambil oleh WHB.

     

    WHB juga tidak pernah menerima sebarang teguran bertulis daripada KPKT berhubung pematuhan KPI yang telah ditetapkan di sepanjang tempoh pengoperasian stesen tersebut.

Lampiran

Tiada Lampiran.